Archive for the 'Ramadhan' Category

Anak anugerah Ilahi

Alhamdulillah! baru ada kesempatan mengisi ruang yang telah lama di biarkan menyepi. pad 20hb lepas, saya sempat berkunjung ke Rumah Kanak-Kanak Kuching sambil mengisi ruang dengan cerita-cerita teladan untuk menyuburkan hati anak-anak yang sedang bergelut kecewaan,kemarahan dan kesedihan. Di kesempatan 30 minit, cerita semut gila disulami dengan si katak cacat bernama citut menjadi topik pengisian…

Sesekali sempat ku tatapi wajah anak-anak yang sedang khusyuk mendengar cerita dengan wajah yang mengharapkan belas kasih terukir diwajahnya. sebagai seorang ayah, saya amat memahami wajah itu. wajah yang sedang dilanda kesedihan dan kerinduan….

“Ya Allah! Hanya engkaulah yang dapat menghiburkan mereka. sayangilah dan hiburkanlah mereka dengan janji syurga bagi orang yang sabar menghadapi liku hidup.”

Pengetua yang manis dan terpancar sifat keibuan wajahnya menjadi tempat si anak kecil bermanja. Syabas dan tahniah buat pengetua yang teguh dan halus jiwanya. Moga Allah pertemukanmu dengan suami yang soleh.

Anak anugerah Ilahi yang tidak terhingga. Anak antara sumber kekuatan dikala gelora melanda bahtera perkahwinan. Anak Penyejuk mata dan pewaris kehidupan kita. Anak adalah “tali” yang mengikat jika ia beralaskan iman.

Wahai Anakku, ketika engkau menatapi tulisan ayah ini, ketika itu ayah mungkin sudah berada di alam lain. Maka pesan ayah untuk anakku, Cintai Allah dan kasihkan Rasulullah. Berdirilah di tapak binaan Islam. Nescaya engkau akan bertemu ert kebahgiaan.


Kalendar Islam

Kalendar Masehi

November 2009
M T W T F S S
« Nov    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Saidina Abu Bakar Berbicara

Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

Komen Terkini

Aktiviti Semasa

20 Dis 08 - 10 Dis 09 Bercuti di Kuantan, Pahang