Archive for the 'Pesanan Ayah' Category

Yakin Vs Redha?

Assalamu’alaikum buat anakku yang dikasihi,

Alhamdulillah, Allah menguji ayah di saat ayah masih bertatih dalam dunia perubatan Islam. Betapa ilmu ini memerlukan praktikal yang lebih berbanding lulus semata-mata. Setelah ayah selesai tasmi’ di hadapan ustaz Rahman (darussyifa’), dimaklumkan ayah lulus ujian dan Insya Allah akan diijazahkan oleh Tuan Guru Haron Din, pengasas Darussyifa’ Malaysia, pada 19hb Disember 2008, Insya Allah.

Baru sebentar tadi ayah dan sahabat seguru menjalankan ‘praktikal’. Pada sebelah paginya, sempat dijemput ‘memagar rumah’ dan sebelah malamnya plak, sempat ‘praktikal’ di asrama plak. Dengan 2 aktiviti ini, ayah rasa ‘letih’ dan tak bermaya rasanya. Ayah tak dapat bayangkan bertapa letihnya Tuan Guru Haron Din yang mengubat seramai lebih kurang 200 orang setiap hari selasa di bangi….

Anakku, letih akan rasa hilang ’skit’ ketika melihat yang diubati segera sembuh.. Rasa puas yang tidak terhingga. Keyakinan semakin mantap setiap kali melalui ‘jalan praktikal’ ini. Lebih-lebih lagi bila ayah ‘praktikal’ dengan kalian bertiga, termasuk ibu kalian yang solehah. Seketika ayah termenung, bagaimana ini boleh berlaku dan siapakah yang ‘menyembuhkannya’… ubat tak makan pun. Hanya berbekalkan keyakinan bahawa Allah yang menyembuhkan dan redha atasNya yang menentukan, disamping ‘teknik’ yang dipelajari melalui Darussyifa’.

Anakku, melalui ‘praktikal’ ini, Allah ‘membisikan’ pada ayah bahawa Allah lah yang menyembuhkan segala penyakit dengan kekuasaanNya. Manusia hanya mampu berusaha berikhtiar. Allah yang mengakhirinya dan Allah lah tempat sebenar perlindungan. Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Allah yang memberi ‘jalan’ yang perlu dilalui. Allah yang membina kekuatan dalam diri kita. Allah lah melindungi kita. Justeru anakku, ingatlah Allah sepanjang hayatmu. Dan binalah keyakinan dan redha pada Allah atas segala sesuatu yang berlaku. Insya Allah, Allah akan sentiasa ‘menyapa’ dan bersama kalian.

Anakku, ketika ayah ’sedang berbicara’ di laman ini, kalian sedang tidur nyenyak termasuk isteri ayah yang tercinta. Isteri ayah adalah ibu kalian yang sentiasa tabah dengan karenah kalian di kala ayah ‘hilang punca’. Anakku, jagalah ibu kalian ketika ayah tidak bersama kalian. Ingatlah anakku, syurga di bawah telapak kaki ibu mempunyai rahsia yang amat tinggi. Fahami dan hayatilah akan rahsianya. Insya Allah, Allah akan melindungi kalian dunia dan akhirat…

11.55pm. 16NOV2008

Semalam, Hari ini dan Esok Milik Allah…?

Hari ini saya memulakan kerja dengan suasana seperti semalam dan hari ini lebih sunyi lagi sebab rakan setugas ramai bertugas di luar. Inilah lumrah kehidupan di dunia pekerjaan. Saya dan beberapa teman se kerja meneruskan agenda hari selasa. Hmmm tersa sunyi masih terasa. Mungkin Esok ramai dan bleh la kongsi cerita sepanjang raya. Dengus hati yang kesunyiaan… biasanya di pagi hari wajah-wajah ceria azmin menghiasi ruang pejabat dengan lawak spontannya. Hari ini “ramai” kerusi dan komputer berbanding manusia….

Hanya Allah yang mengetahui kehidupan kita dan benarlah kata mutiara yang mengingatkan kita bahawa antara semalam hari ini dan esok dipisahkan dengan senafas sahaja. Benar! dengan senafas macam-macam yang bleh berlaku. Dengan senafas saya menerima “call” daripada Abdullah agar saya ‘terbang’ ke Negeri Sembilan. Dengan senafas saya berubah perancangan. Benarlah! Esok adalah milik Allah yang mencipta makhlukNya. Yang menentukan masa depan manusia. Dengan Allah, semalam menjadi sejarah dan hari ini adalah hari yang mungkin bleh mengubah hari esok. Tapi yang pastinya hari ini dan esok berubah dengan berubahnya nafas kita. sedarkah kita, se nafar bleh mengubah kita dari yang baik ke jalan yang mengerikan dan dari yang malas menjadi pakar motivasi. Dengan se nafas, jika kita memahami kita bleh merasai kehadiran Pencipta alam dan seluruh isinya. Pencipta yang mencipta sesuatu dengan sebaik-baik ciptaanNya.

Itulah Allah. Allah yang mencipta kita. Yang mengatur hidup kita. Yang menentukan nafas kita agar sentiasa bergerak. Yang memastikan kita sentiasa ingat padaNya. Yang sentiasa menerima taubat kita. Yang sentiasa memberi ‘jalan’ untuk kita kembali ke ‘jalan’ yang diredhaiNya. Ya! Allah yang akan mempertemukan saya dengan Kudus, Insya Allah. Allah yang akan menentukannya selepas senafas berlalu. Allah yang ‘mengangkat besi’ yang tertulis perkataan Airasia. Allah yang mnggerakkannya. Allah lah segalanya.

Allah yang menentukan hidup kita samada semalam menjadi sejarah yang berharga atau hilang begitu saja. Allah yang menentukan hari ini, apa yang perlu berlaku. Allah yang menjadikan esok sebagai harapan kita. Kita merancang dan Allah yang menentukan.

wahai anakku! ketika kalian mampu membaca tulisan ayahmu ini. Ketika itu, Mungkin ayahmu sudah berubah. Maka, ingatlah baik-baik pesanan ayahmu. Didiklah dirimu dengan Mentaati Allah. Mentaati ibubapa kerana Allah. Mentaati ayah dan ibu kerana Allah yang memerintahkanNya. Bukan kerana budi atau belas ihsan. Sudah menjadi tanggungjwab kami memastikan kalian taat pada Allah melebihi taat pada yang lain. Cintai Allah melebihi cinta kalian pada yang lain. Allah lah menentukan hidup kalian.

Moga Allah mengizinkan ayah menulis di lain masa dan waktu. Anak-anakku! Kenali Allah melebihi kalian mengenali ayah dan ibu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.14okt 2008.


Kalendar Islam

Kalendar Masehi

November 2009
M T W T F S S
« Nov    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Saidina Abu Bakar Berbicara

Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

Komen Terkini

Aktiviti Semasa

20 Dis 08 - 10 Dis 09 Bercuti di Kuantan, Pahang