Archive for the 'Mukadimah' Category

Salam Pertemuan..

Assalamua’alaikum,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia sebaik-baik kejadian makhlukNya, menjadikan syurga untuk hambaNya yang bertaqwa dan neraka untuk hambaNya yang ingkar padaNya. Betapa hebatnya kejadian alam yang saling melengkapi di antara satu sama lain dan menjadikannya sumber rezeki bagi makhlukNya yang lain. Selawat atas Rasulullah s.a.w. serta keluarga dan sahabatnya yang menjadi cahaya dikala kegelapan menyelubungi minda dan hati manusia.

Semoga kewujudan laman ini akan menjadi salah satu medan untuk mencerahkan minda dan hati. Segala bahan yang terdapat di dalam laman ini mungkin ada perbezaan pendirian atau cara berfikir para tetamu sekalian, saya mohon agar perbezaan itu tidak menjadi penghalang para tetamu budiman melayari laman ini. Isnya Allah segala yang diusahakan ini adalah untuk mencari redha Allah. Semoga laman ini akan menjadi medium persaudaraan kita semua.

Wassalam


Kalendar Islam

Kalendar Masehi

November 2009
M T W T F S S
« Nov    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Saidina Abu Bakar Berbicara

Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

Komen Terkini

Aktiviti Semasa

20 Dis 08 - 10 Dis 09 Bercuti di Kuantan, Pahang