Archive for the 'Eidulfitri 1429H' Category

Salam Eidulfitri 1429H

28hb September 2008- Allah mengizinkan kami berada di Tawau. Negeri kelahiranku yang selalu dirindui. Dirindui atas beberapa sebab. Pertama, merindui ibu yang mendidik kami ketika ayah pergi bertemu  ilahi ketika saya sedang menjawab soalan matematik tingkatan satu di SMK kuhara. Kedua, merindui sahabat-sahabat yang dulunya pernah main bersama di sekitar kampung Tanjung Batu Tengah Tanah Merah dan sahabat-sahabat se matlamat yang terbina ketika di kampus. Ketiga, merindui suasana selepas solat Eidulfitri, usai khutbah kami akan berkumpul dan bertamu ziarah ke rumah Hj senang dan diakhiri rumah Hj Amin, jiran sebelah rumah kami. Itulah sebahagian yang dirindui… merindui sesuatu yang dapat menambat syukur pada Ilahi. Dan menikmati rasa terima kasih kepada Ilahi yang menanam benih taqwa sejak kecil dipangkuan Ibu.

Malangnya, Kemanisan dan keindahan Eidulfitri dicemari dengan insiden yang sangat menghiris hatiku apabila berlaku pembantaian di masjid Babul Khair, masjid yang banyak mendidik jiwaku mengenal Allah. sejak aku masjid itu terbina, belum pernah peristiwa seumpama ini berlaku. Betapa biadapnya manusia yang sanggup memukul orang yang tengah solat. Paling menyedihkan lagi, ia berlaku ketika ahli jamaah bangkit daripada rakaat kedua dan ia berlaku sesama mereka yang mengaku Islam.

Ya Allah! betapa manusia pada hari ini semakin “maling” dan tidak mampu berfikir secara waras. Ya Allah! lindungilah kami daripada kemurkaanMU.


Kalendar Islam

Kalendar Masehi

December 2009
M T W T F S S
« Nov    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Saidina Abu Bakar Berbicara

Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

Komen Terkini

Aktiviti Semasa

20 Dis 08 - 10 Dis 09 Bercuti di Kuantan, Pahang