Assalamu’alaikum sahabat sebicara yang sering mengeluh dan gelisah. Janganlah risau, sebab manusia tu sendiri memang fitrahnya mengeluh dan selalu gelisah. Itulah yang tanda kita masih normal. Yang perlu dirisaukan jika sepanjang hidup kita tidak pernah gelisah atau mengeluh.
ana baru lepas “Ngeteh” dengan sahabt pendang, Kedah di kedai Noni restaurant. Banyak perkara yang dibincangkan dan ada yang menjadi bekal untuk esok menempuh jalan yang jauh, Insya Allah. Balik rumah, terpikat plak mata ni dengan si DELL. Yang mempunyai monitor yang comel dan rekabentuk yang ergonomik. Mula la, jari yang masih kurus login email akmalutfi. hmmm… baca la email yang sempat dan menarik perhatian. sedang ana membaca, keluar “virtual screne” di memori yang letih dan rasa malas untuk memproses maklumat. skrin tu jelas memperlihatkan ana suatu tanda yang biasa ana lihat ketika berada di alam pengajian. Tanda tersebut adalah tanda positif (+) dan tanda negatif(-). mereka umpama sepasang kekasih yang dilamun cinta pertama ( macam pernah merasa cinta pertama plak) eh eh eh….. seolah-olah malu-malu kucing yang biasa kita perhatikan, mau- mau tapi malu, kalu di pandang si kucing malu, kalau dibiarkan kukunya mula beraksi. Itulah kucing pemalu namanya.
sahabat sekalian,
dengan positif dan negatif inilah membentuk unsur yang dikenali sebagai atom. kalau positif lebih banyak pada atom, maka jadilah atom itu bercas positif, begitulah sebaliknya. sehinga hari ini, ana belum pernah tengok cas + dan – berkeliaran dengan menggunakan mata kasar. Kalau ada sesiapa yang pernah terserempak dengan “mereka” jangan lupa call ana di nombor 016-6687579. sehingga la ni ana berada di sarawak, ana masih mencari di mana mereka. akhirnya ana dapat satu kesimpulan, benda yang ada tidak semestinya kita dapat pegang, rasa dan lihat. Itulah Allah, kita yakin Allah itu ada, tapi kita belum melihatnya… itulah tanda Allah itu ada. Kita yakin Allah itu ada dengan melihat alam, melalui Al-Quran, melalui cerita dan Allah itu ada dengan kita merenung kehidupan cas-cas yang membentuk kehidupan kita hari ini.
Kenapa Allah menciptakan Atom? inilah menjadikan kelopak mata ana masih segar. Ditambah lagi dengan secawan Radix yang mula memikat setiap hari…. sepanjang pengalaman ana “bermain-main” dengan atom sehingga kini, ana mula melihat Allah tidak akan menciptakan Atom itu suatu perkara yang remeh dan tidak bermanfaat. walaupun manusia pada hari ini berjaya memecahkan atom dengan menggunakan laser, tapi manusia belum dapat memecahkan rahsianya sepenuhnya.
Adakah Atom mempunya rahsia? Ya! atom ini adalah satu komuniti yang hidup bersosial macam manusia. mereka hidup mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah. Atom tidak pernah khianat pada Allah. Atom taat pada Allah. Atom adalah makhluk Allah yang sopan dan amat baik akhlaknya. Atom pun pandai “bercinta”, tapi cinta mereka mengikut fitrah. si atom positif tidak akan bercinta dengan atom positif. mereka akan bercinta dengan atom berlawanan jenis.
setakat permerhatian ana, atom adalah antara makhluk Allah yang terkecil dan sekecil-kecil atom tersebut, ia dapat memberi “tazkirah” pada manusia. Dia mengajar kita apa itu “ikhtilat”. Dia mengajar kita cara bersosial. Dia juga ajar kita cara berkomunikasi. Si atom juga ajar kita erti konsep kepimpinan. Si atom yang kerdil juga mengajar kita cara mengurus rumahtangga yang berkesan.
DAN si ATOM juga tunjukkan pada kita cara berdakwah.
0 Responses to “Kenapa Allah Menciptakan Atom?”