Archive for April, 2008

Antara Gunung Dan Manusia…

” Tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu sia-sia”

Assalamu’alaikum buat tetamu yang budiman,

Alhamdulillah, segala puji Allah yang Maha Agung CiptaanNya, menghamparkan gunung selaku pasak di muka bumi dan menjadikan Manusia sebagai khalifah mentadbir bumi yang semakin lanjut usianya.

Atas takdir Allah, saya dan ust radzi serta anak-anaknya menjejakkan kaki di pantai pasir pandak, lebih kurang 20 minit dari matang jaya. Pada asalnya, kami merancang ke pantai pada keesokan harinya, ahad. Kita merancang dan Allah sebaik-baik perancang. Keindahan pantai di waktu petang, menyejukkan hati apalagi menatap wajah si gunung santubong.

Betapa Allah menjadikan gunung itu jauh lebih besar daripada manusia dan lebih gagah menghamparkan tubuhnya di muka bumi. Terlintas di benak saya, kenapa si besar bernama gunung begitu takut memikul amanah Al-Quran? dan si kecil bernama manusia menjadi pilihan Allah untuk memikul amanah Al-Quran? secara spontan, kita akan bertanya….

“Apakah Rahsianya Allah menjadikan manusia sebagai pilihan untuk memikul amanah Al-Quran?”

“Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir”

(Surah Al-Hasyr : ayat 21)

Jauh di sudut hati, jiwa mula merenung gunung santubong yang terdampar di hadapanku. jiwaku membiarkan si mata mengamati kebesaran gunung itu yang “kelihatan” gagah dan penuh ketaatan. Terlintas dibenak, terasa diri ini hina berbanding si gunung yang begitu taat pada penciptaNya, sentiasa sabar meniti hari dan patuh pada kehendak Allah.

Walaupun dia begitu gagah dan perkasa, namun dia tidak pernah ingkar pada perintah Allah. Merendahkan diri sehingga tidak sanggup memikul amanah Al-Quran.

Diri ini semakin kerdil dan malu pada si gunung, diri ini telah lama bergelumang dengan maksiat. Hari demi hari, bulan silih berganti tahun. Tanpa di sedari, saya telah menjejakkan kaki di alam 30-an.

Apakah yang akan saya persembahkan pada Allah ketika Hari Perhitungan menjelmakan dirinya. Terasa sebak di dada ketika memikirkannya.

Ya Allah! padaMu lah aku memohon belas kasihMu. Bimbinglah daku melayari bahtera kehidupan ini sehingga daku bertemu denganMu dengan wajah yang berseri-seri. PERKENANKALAH YA ALLAH YANG MAHA MENYAYANGI HAMBANYA.


Kalendar Islam

Kalendar Masehi

April 2008
M T W T F S S
« Mar   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Saidina Abu Bakar Berbicara

Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

Komen Terkini

Aktiviti Semasa

20 Dis 08 - 10 Dis 09 Bercuti di Kuantan, Pahang